BKM 2022 : SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA RM2,000 UNTUK B40

INFO: BKM 2022 – SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA RM2,000 UNTUK B40

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Baca Lanjut

BKC FASA 2: JUMLAH & TARIKH PEMBAYARAN FASA 2 (MULAI 25 NOVEMBER)

INFO: BKC FASA 2 – JUMLAH & TARIKH PEMBAYARAN FASA 2 (MULAI 25 NOVEMBER)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula diagihkan bermula 25 November 2021.

Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.

Baca Lanjut

CARA MENDAFTAR PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

CARA MENDAFTAR PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Baca Lanjut

BKC: SEMAK CARA & KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK BERMULA 9 OKTOBER

INFO: BKC – SEMAK CARA & KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK BERMULA 9 OKTOBER

Kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang berstatus gagal kredit atau yang tiada maklumat akaun bank sebelum ini, pihak LHDN memaklumkan agar membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi tujuan bayaran BKC Fasa seterusnya.

Oleh yang demikian, untuk fasa seterusnya pihak LHDN memohon penerima sebelum ini yang berstatus gagal kredit atau tiada maklumat akaun bank agar membuat kemaskini akaun bagi memudahkan urusan pembayaran.

Baca Lanjut