INFO: BKM 2022 – SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA RM2,000 UNTUK B40
Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.
“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: BKC Fasa 2 – Jumlah & Tarikh Pembayaran Fasa 2 (Mulai 25 November)
“Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan secara rasmi melalui laman web rasmi Bajet 2022.
APAKAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) ?
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 yang lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
KELAYAKAN
Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:
KADAR BAYARAN BANTUAN BKM YANG DITERIMA MENGIKUT KATEGORI
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum.
Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:
- Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
- Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
- Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
- Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
- Bujang (<RM2,500)*: RM350
*(Pendapatan Bulanan)
Sila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
CARA PERMOHONAN
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
TEMPOH SEMAKAN STATUS BKM / KEMASKINI
Tempoh semakan status BKM belum lagi diumumkan oleh LHDN / Menteri Kewangan.
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun.
Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.
KAEDAH PEMBAYARAN
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:
A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank
- Berjaya Kredit
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Gagal Kredit
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT / FAQ BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:
Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.
Ikuti saluran berikut untuk info terkini:
- Laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/manfaat/
- Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
- Facebook Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia
- Maklumat lanjut boleh rujuk soalan lazim (FAQ) BKM .
- Sila klik untuk Siaran Media Kementerian Kewangan berkenaan BKM bertarikh 31 Oktober 2021.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI