PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Julai 2024 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertampat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti perkhidmatan terbaharu yang bakal ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum iaitu Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka.

Syukur Alhamdulillah kerana KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA KE GAHARU TEA VALLEY GOPENG

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb Jun 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke Gaharu Tea Valley Gopeng yang terletak sejauh 2km dari Pekan Gopeng, Perak.

Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Timbalan Pengerusi Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En. Haizul Fakarudin. Turut hadir ke lawatan ini adalah En Khairul Akmal selaku Ahli Lembaga Koperasi dan En Mohamad Nafis selaku Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang kerjasama yang boleh dijalinkan di antara kedua-dua pihak ini.

Baca Lanjut

PROGRAM MEMASYARAKATKAN KOPERASI MADANI (MASKOP) “BICARA WANITA”

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 01hb Februari 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri ke sebuah program yang berimpak tinggi iaitu Program Memasyarakatkan Koperasi Madani (MASKOP) “Bicara Wanita”.

Program ini adalah jalinan kerjasama di antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari KOPUBI Perak Bhd dan Ahli Lembaga Koperasi Pn Norhuda Binti Abd Razak.

Baca Lanjut

SESI TANDATANGAN PERJANJIAN PROJEK USAHASAMA TERNAKAN KETAM NIPAH

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Januari 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani sebuah perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Ternakan Ketam Nipah bersama salah sebuah Pengusaha Kolam Ikan Siakap dan Ketam Nipah yang merupa anggota kepada KOPUBI Perak Bhd iaitu En Mohd Amierul Aniq.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan bersama oleh Timbalan Pengerusi Koperasi En Haizul Fakaruddin merangkap Setiausaha koperasi.

Turut hadir pada sesi ini adalah Saudara Mohammad Nafis selaku Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut