KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 01hb Februari 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri ke sebuah program yang berimpak tinggi iaitu Program Memasyarakatkan Koperasi Madani (MASKOP) “Bicara Wanita”.
Program ini adalah jalinan kerjasama di antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari KOPUBI Perak Bhd dan Ahli Lembaga Koperasi Pn Norhuda Binti Abd Razak.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Tandatangan Perjanjian Projek Usahasama Ternakan Ketam Nipah
Turut menghadiri ke program ini juga Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman Koperasi dan Ahli Jawatankuasanya iaitu Pn Nor Azlina Omar.
Program yang berlangsung ini telah dihadiri oleh anggota-anggota wanita di kalangan koperasi-koperasi yang berdaya maju di daerah kinta dan turut melibat koperasi-koperasi di Negeri Perak yang turut bersama-sama di dalam usaha menyemarakkan gerakan koperasi pada masa kini.
Syukur Alhamdulillah, majlis perasmian program bicara ilmu ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pn. Salbiah Mohamed selaku Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.
Tetamu VIP bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Datuk Mohd Ali bin Mansor selaku Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan turut hadir adalah Pengarah Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli selaku Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP),
Sesi pagi program ini dimanfaatkan dengan sesi taklimat oleh agensi-agensi seperti IKMa, SKM, Bank Rakyat, Angkasa dan juga slot perkongsian oleh usahawan wanita yang berjaya, Puan Roswalin bt Ab Wahab selaku Pengarah Aezlynn Optical Sdn Bhd.
Program yang dianjurkan ini terlalu padat dengan pengisian serta input-input yang sangat berguna untuk gerakan koperasi di Negeri Perak ini dan sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Seramai lebih kurang 120 orang usahawan wanita telah hadir ke program ini sejak awal pagi. Juga beberapa agensi dan koperasi di bawah KUSKOP turut membuka ruang pameran dan jualan sepanjang program.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI