KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Januari 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani sebuah perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Ternakan Ketam Nipah bersama salah sebuah Pengusaha Kolam Ikan Siakap dan Ketam Nipah yang merupa anggota kepada KOPUBI Perak Bhd iaitu En Mohd Amierul Aniq.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan bersama oleh Timbalan Pengerusi Koperasi En Haizul Fakaruddin merangkap Setiausaha koperasi.

Turut hadir pada sesi ini adalah Saudara Mohammad Nafis selaku Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman

Melalui perjanjian usahasama ini pihak KOPUBI akan mengeluarkan sejumlah modal bagi melaksanakan projek Ternakan Ketam Nipah ini di kawasan kolam yang dimiliki oleh En Mohd Amierul Aniq dan dijangka akan memberikan pulangan yang memberangsangkan dalam masa yang singkat serta efektif.

Dengan kepakaran serta tenaga kerja yang dimiliki oleh beliau, KOPUBI Perak Bhd percaya serta yakin bahawa ini adalah satu usahasama yang mampu menjana pendapatan kepada KOPUBI serta memberi pulangan yang tinggi seterusnya mampu meningkatkan ekonomi anggota koperasi melalui pengagihan dividen yang agak tinggi pada masa akan datang.

Insyallah, sasaran dividen sebanyak 15% setahun pada masa akan datang adalah tidak mustahil melalui projek-projek yang berdaya maju dan telah dilaksanakan ini melibatkan KOPUBI Perak Bhd. Setelah temerai perjanjian ini maka akan bermulalah sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini bagi tahun 2024 ini.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan bersama oleh Timbalan Pengerusi Koperasi En Haizul Fakaruddin merangkap Setiausaha koperasi.

Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang konsisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd terutama pada musim perayaan yang mememang menjadi lubuk menjana pendapatan bagi para usahawan di negara kita ini.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia