PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN PENGUSAHA SPA NEGERI PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb September 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Spa Negeri Perak di Pejabat Pengerusi Persatuan yang terletak di No.30, Jalan PPMP 3/1, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak.

Mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi En Sharul Rahman, En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha KOPUBI Perak Bhd dan juga Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili Persatuan Pengusaha Spa Negeri Perak adalah Dr Nadya Amin Bt Shaharudin serta Ahli Jawatankuasa beliau. Turut hadir ke Perjumpaan ini adalah wakil daripada Team JariJemari Ventures selaku Rakan Strategik KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA CEO GAHARU TEA VALLEY GOPENG

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK. 

Terkini pada 18hb Ogos 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perjumpaan bersama CEO Gaharu Tea Valley Gopeng bagi membincangkan perancangan perniagaan yang akan melibatkan sebuah kerjasama yang strategik di antar kedua-dua belah pihak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd pada perjumpaan ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd dan En Safuan Othman selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak Gaharu Tea Valley adalah Mr. Nick selaku anak kepada Pengasas Gaharu Tea Valley Gopeng yang juga merupakan CEO bagi Syarikat ini dan turut hadir di dalam sesi perbincangan ini adalah Mr Tan, wakil daripada Syarikat FOHOWAY Malaysia dan Mr Dickson Foo selaku Setiausaha Koperasi Usahawan Internet Malaysia Bhd (KPerak Bhd).

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM FOHOWAY MALAYSIA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 13hb Ogos 2024 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama FOHOWAY Malaysia anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Pejabat Urusan JariJemari Bonda Alyn, Kelebang, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti perniagaan terbaharu yang telah disertai oleh KOPUBI Perak Bhd iaitu sebagai Ejen Jualan Produk dan Pemasaran FOHOWAY Malaysia.

Syukur Alhamdulillah kerana KOPUBI Perak Bhd pada 5hb Ogos 2024 yang lalu telah dilantik sebagai sebagai Ejen Jualan Produk dan Pemasaran FOHOWAY Malaysia dan melalui pelantikan ini maka secara rasminya KOPUBI Perak Bhd boleh memberi menjual serta memasarkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat FOHOWAY Malaysia Sdn Bhd.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA KE GAHARU TEA VALLEY GOPENG

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK. 

Terkini pada 24hb Julai 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah berkolaborasi dengan Koperasi Peturun Saka Miri Bhd (KPSMB) untuk mengadakan lawatan ke Gaharu Tea Valley Gopeng, Perak.

Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Setiausaha Koperasi iaitu En. Haizul Fakarudin manakala mengetuai deligrasi Koperasi Peturun Saka Miri Bhd (KPSMB) pula adalah En Henry Anak Joseph selaku Pengerusi Koperasi ini.

Turut hadir ke lawatan ini adalah En Mohamad Nafis selaku Ahli Lembaga Koperasi dan wakil-wakil Anggota daripada Koperasi Peturun Saka Miri Bhd (KPSMB).

Baca Lanjut