KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 14hb Jun 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke Gaharu Tea Valley Gopeng yang terletak sejauh 2km dari Pekan Gopeng, Perak.
Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Timbalan Pengerusi Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En. Haizul Fakarudin. Turut hadir ke lawatan ini adalah En Khairul Akmal selaku Ahli Lembaga Koperasi dan En Mohamad Nafis selaku Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.
Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang kerjasama yang boleh dijalinkan di antara kedua-dua pihak ini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI Bil 02-2024
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Nick selaku anak kepada Pengasas Gaharu Tea Valley Gopeng yang telah membawa kami menziarahi Muzium Timeline Gaharu Tea Valley dan menerangkan sejarah penanaman Pokok Gaharu yang dilaksanakan secara organik di sini.
Difahamkan Gaharu Tea Valley telah menanam hampir 200,000 pokok gaharu pada tanah keluasan 300 ekar di kawasan ini.
Melalui gaharu ini juga telah terhasil Produk Teh Gaharu yang sangat popular dan digemari oleh sebahagian rakyat Malaysia dan juga dipasarkan utk pasaran antarabangsa.
Banyak perkara yang dapat dipelajari oleh Ahli Lembaga pada hari tersebut dan pada sesi perbincangan kedua-dua pihak telah saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam menjalankan perniagaan pada waktu ini.
Kami mendoakan agar jenama pertanian dan petenakan akan menjadi salah satu perniagaan yang akan diceburi oleh KOPUBI Perak Bhd pada masa hadapan seterusnya akan memberi impak ekonomi kepada rakyat di Negeri Perak ini.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI