GKP PERMAI: KEMASKINI STATUS GAGAL KREDIT & TARIKH BAYARAN

INFO: GKP PERMAI – KEMASKINI STATUS GAGAL KREDIT & TARIKH BAYARAN

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) boleh membuat semakan dan kemaskini akaun bagi yang berstatus gagal kredit.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, semakan boleh dibuat melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam kenyataan itu, penerima GKP yang berstatus gagal kredit pula mereka perlu mengemas kini maklumat akaun bank dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dilakukan. Berikut dikongsikan info sepenuhnya.

Baca Lanjut

PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0 BANK RAKYAT: DANA USAHAWAN ASNAF

INFO: PERMOHONAN RAKYATPRENEUR 2.0 BANK RAKYAT – DANA USAHAWAN ASNAF

Bank Rakyat Malaysia Berhad telah menawarkan satu program bagi membantu usahawan asnaf di Malaysia melalui program RAKYATpreneur 2.0.

Untuk makluman, program RAKYATpreneur 2.0 adalah kesinambungan daripada program RAKYATpreneur 1.0 yang dilancarkan pada September 2021 yang berjaya meningkatkan hasil jualan perniagaan 20 usahawan sehingga 30% kurang dari enam bulan.

Program ini bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi dengan memberikan suntikan dana serta latihan keusahawanan dan pemantauan berterusan bagi membangunkan perniagaan mereka.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA: PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

INFO: PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA – PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

Para usahawan kini boleh memohon pembiayaan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu mengumumkan pelaksanaan 20 inisiatif Pemerkasa yang mana inisiatif ke-6 yang diumumkan adalah kemudahan mikro kredit kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta.

Salah satu kemudahan mikro kredit yang ditawarkan menerusi Pemerkasa adalah BSN Micro Pemerkasa dengan dana sebanyak RM300 juta bagi usahawan mikro dan PKS yang layak dan diuruskan oleh BSN.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON RUMAH PERAKKU MAMPU MILIK SERENDAH RM70,000 (2021)

INFO: CARA MEMOHON RUMAH PERAKKU MAMPU MILIK SERENDAH RM70,000 (2021)

Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan melalui skim perumahan kerajaan untuk golongan B40 dan M40 di setiap negeri, antaranya Rumah Perakku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ini.

Ia lebih kurang sama dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenal Program Rumah Selangorku (RSKU).

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Projek Perumahan Perakku dan cara membuat permohonan, pendaftaran dan pembelian.

Baca Lanjut