INFO: CARA TEBUS RM150 KREDIT eBELIA MELALUI SHOPEEPAY MULAI 1 JUN 2021

Seperti anda sedia maklum, penebusan kredit eBelia sebanyak RM150 hanya boleh dibuat bermula tarikh 1 Jun ke atas. Sekiranya anda pengguna tegar Shopee, eloklah kiranya anda memilih untuk tebus kredit tersebut melalui ShopeePay.

Tambahan pula Shopee kini menyediakan insentif RM5 kepada anda yang membuat pengesahan akaun ShopeePay masing-masing. Sama seperti dompet digital lain, ShopeePay memerlukan anda membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan.

Kredit RM5 akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan DanaNITA MARA – Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita

Untuk tebus, layari ShopeePay sekarang dan buat pengesahan segera!

APAKAH eBELIA PEMERKASA?

Melalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.

Menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia. Melalui program ini, diharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.

ebelia pemerkasa

SYARAT KELAYAKAN eBELIA RM150

Berikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)

TARIKH PENEBUSAN eBELIA WALLET RM150

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

CARA PENEBUSAN / PERMOHONAN

Setiap belia yang layak boleh menebus RM150 e-Tunai menerusi program ini.

Penebusan boleh mula dibuat dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 seperti kaedah sebelum ini, dengan menggunakan aplikasi eWallet seperti:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay

MAKLUMAT LANJUT

Berikut adalah kenyataan media terkini tentang cara penebusan dan tarikh tuntutan e-Tunai Belia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia:

Maklumat lanjut mengenai eBelia PEMERKASA ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa. Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.

SOALAN LAZIM

  • Apakah itu program eBelia Pemerkasa?

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

  • Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

  • Siapa yang layak memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021.

  • Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.