
INFO: TOUCH ‘N GO eWALLET – PENDAFTARAN & PENEBUSAN KREDIT eBELIA RM150
Seperti mana e-Tunai Rakyat dan ePenjana, Touch n Go eWallet sekali lagi terpilih sebagai salah satu daripada 4 perkhidmatan eDompet yang akan bekerjasama dalam inisiatif eBelia.
Program ini bakal dilancarkan mulai 1 Jun 2021 dan para belia yang memilih Touch n’ Go untuk menebus kredit eBelia berpeluang menikmati pelbagai bonus dan tawaran istimewa.
Berikut dikongsikan cara daftar Touch n Go dan langkah membuat penebusan kredit eWallet RM150.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: eBelia – Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet Mulai 1 Jun 2021
APAKAH TOUCH N GO eWALLET?
Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).
Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).
TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.
TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan hidup anda.
- Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
- Tambah nilai prabayar telefon anda
- Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
- Beli tiket wayang
- Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect
CARA DAFTAR TOUCH N GO eWALLET
- Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tngdigital.ewallet&hl=en&gl=US
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/touch-n-go-ewallet/id1344696702
- Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
- Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
- Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
- Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

CARA TEBUS KREDIT eBELIA RM150 MELALUI TNG eWALLET
Untuk membuat penebusan kredit RM150 di bawah program eBelia, sila ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi TNG eWallet dan klik pada ikon eBelia Credit.
- Atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.
- Tekan butang Let’s Go.
- Sila ambil gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
- Ambil gambar selfie diri anda yang jelas.
- Akaun Touch n Go eWallet anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam.

Untuk mengetahui syarat-syarat dan info penuh tentang Program eBelia PEMERKASA, sila rujuk artikel berikut: eBelia: Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet Mulai 1 Jun 2021
Anda boleh mendapatkan info tentang tawaran terkini dari TNG eWallet berkenaan Program eBelia melalui Soalan Lazim di bawah atau pautan berikut https://www.tngdigital.com.my/ebelia-h5
SOALAN LAZIM
- Saya sudah menjadi pengguna berdaftar di Portal MYTouchnGo. Adakah saya secara automatik mempunyai Akaun TNG eWallet?
Tidak. Anda masih perlu memuat turun dan mendaftarkan akaun TNG eWallet. Portal MYTouchnGo hanya menguruskan kad Touch ‘n Go anda manakala TNG eWallet adalah eWallet yang membolehkan anda membuat pembayaran dan banyak lagi melalui aplikasi mudah alih.
- Adakah terdapat sebarang yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet?
Tidak ada yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet.
- Bolehkan saya menukar nombor telefon mudah alih?
Ya, anda boleh.
Langkah 1: Klik pada ikon “Profile” di bahagian atas sebelah kanan halaman utama app
Langkah 2: Pilih “Setting” diikuti dengan “Change Mobile Number”
Langkah 3: Jawab Soalan Keselamatan
Langkah 4: Masukkan nombor telefon mudah alih baharu anda
Langkah 5: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon baharu anda.
- Bolehkah saya memindahkan wang saya kepada pengguna lain melalui TNG eWallet?
Ya, anda hanya perlu klik ikon “Transfer” di skrin utama tetapi ia terhad kepada pengguna yang telah mengesahkan akaun mereka.
- Saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun saya, apa yang perlu saya lakukan?
Sila ikuti langkah-langkah yang tertera dibawah, dan cuba log masuk
1) Log keluar dan log masuk aplikasi TNG eWallet. Jika masih tidak berkesan, sila cuba langkah seterusnya.
2) “Uninstall” dan “install” balik aplikasi Touch n Go eWallet. Jika masih tidak berkesan, sila cuba langkah seterusnya.
3) “Restart” aplikasi Touch n Go eWallet dan “update” fon anda dan aplikasi Touch n Go eWallet.
Buka Aplikasi “Google Play” -> My Apps & Games -> Touch n Go eWallet (muat turun versi aplikasi yang terkini)
4) Sambungan internet
Buka aplikasi “internet browser” (contohnya, Google Chrome/Safari). Cuba layari internet, dan cuba buka mana-mana laman sesawang (contohnya www.google.com). Jika laman itu tidak tertera dengan betul, sambungan internet anda mungkin punca masalah ini.
5) Kosongkan Cache/Data / Penyimpanan (istilahnya berbeza di antara model telefon)> ‘Izinkan’ semua kebenaran
Buka “Settings” fon anda, klik “Apps” dan cari aplikasi “Touch n Go eWallet”. Skrol ke bawah, dan pilih “Storage”, Kemudian, klik butang “Clear Cache”
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Touch n Go eWallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.
KOMEN TERKINI