COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan di Facebook Rasmi kementerian bahawa sejumlah 262 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 di negara kita dalam tempoh 29 hari pertama tahun ini.

Daripada 262 kematian yang direkodkan sejak 1 Jan hingga 29 Jan 2021, 92% atau 240 kematian adalah warganegara dan selebihnya iaitu 8% atau 22 kematian bukan warganegara.

Kaum lelaki lebih ramai meninggal dunia dengan 174 kematian atau 66% berbanding wanita 34% atau 88 kematian.

Baca Lanjut

COVID-19: AZIZAN OSMAN, 31 AHLI KELUARGA POSITIF, IBU MENTUA MENINGGAL DUNIA

Azizan turut memaklumkan 31 ahli keluarganya turut dijangkiti wabak tersebut, selain ibu mentuanya dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19. – Gambar Facebook AZIZAN OSMAN

COVID-19: AZIZAN OSMAN, 31 AHLI KELUARGA POSITIF, IBU MENTUA MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman hari ini mengesahkan beliau dijangkiti wabak COVID-19 selepas berkontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu.

Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Facebooknya, Azizan berkata, selain beliau, 31 ahli keluarganya lain turut dijangkiti wabak tersebut. Apa yang turut menyedihkan ialah, ibu mentuanya meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.

Berkongsi lebih lanjut, Azizan menggambarkan kejadian yang menimpa beliau itu sebagai sesuatu yang sangat berat dan memeritkan untuk ditanggung.

Baca Lanjut

RINGKASAN PENGUMUMAN KHAS DARURAT OLEH YAB PERDANA MENTERI (12 JANUARI 2021)

TERKINI: RINGKASAN PENGUMUMAN KHAS DARURAT OLEH YAB PERDANA MENTERI (12 JANUARI 2021)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos depan bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat itu.

“Ingin saya tegaskan bahawa darurat diisytiharkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung tidak akan dilaksanakan.

Baca Lanjut

INFO PENTING PENGUMUMAN PERDANA MENTERI BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 2.0)

INFO PENTING PENGUMUMAN PERDANA MENTERI BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 2.0)

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Baca Lanjut