PERUTUSAN KHAS MUHYIDDIN PETANG INI

TERKINI: PERUTUSAN KHAS MUHYIDDIN PETANG INI

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, petang ini berkaitan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan perutusan itu 6 petang ini dan ia akan disiarkan di Facebook rasminya serta semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani. Perutusan itu dijangka berkaitan langkah kerajaan susulan kenaikan mendadak kes Covid-19.

Semalam, kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan terus mencatatkan empat angka dengan 2,433 kes dengan sembilan kematian. Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sehingga tengah hari semalam meningkat kepada 135,992 kes dan kebolehjangkitan pula sebanyak 27,332 kes.

Baca Lanjut

AL-FATIHAH BUAT IBU – WANITA KONGSI PENGALAMAN DIRI DAN 16 AHLI KELUARGA POSITIF COVID-19

Myra Jijie memaklumkan dia sekeluarganya tidak dapat menghadiri upacara pengebumian ibunya. – Gambar Facebook Myra Jijie | Sumber Astro Awani

KISAH KEHIDUPAN: AL-FATIHAH BUAT IBU – WANITA KONGSI PENGALAMAN DIRI DAN 16 AHLI KELUARGA POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: “Maka tercetuslah Kluster Permatang daripada ibuku.

“Sebenarnya kami pun tidak tahu datang daripada mana, sesungguhnya soalan ini tidak mampu aku jawab, sebab COVID-19 Itu, kita tidak nampak, kalau nampak senang aku bagi tahu datang daripada siapa,” begitulah luahan seorang pesakit COVID-19, Myra Jijie di laman sosial Facebooknya.

Dalam perkongsian itu, Myra memaklumkan semalam (20 November 2020) adalah hari ke-20 dia menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif COVID-19, daripada Kluster Permatang.

Baca Lanjut

PKPD AKAN DIJALANKAN DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C

Infografik disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

TERKINI: PKPD AKAN DIJALANKAN DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C

TERKINI: PKPD akan dijalankan di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak bermula 20 November sehingga 3 Disember 2020. Ianya susulan terdapat 76 kes positif direkodkan di lokaliti ini.

Berita lanjut akan menyusul kemudian.

Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara

COVID-19: IPOH BERTUKAR ZON MERAH

Gambar – Google

TERKINI: (COVID-19) IPOH BERTUKAR ZON MERAH

IPOH – Pertambahan 13 kes baru positif COVID-19 di Daerah Kinta menjadikan Ipoh bertukar daripada zon jingga ke zon merah tengah hari tadi.

Ia menjadikan zon merah kedua di Perak selepas Kampung Buaia di Kuala Kangsar.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi laman Facebook, kes semasa COVID-19 Ipoh ia mencatatkan 43 kes berbanding 33 kes semalam.

Baca Lanjut