TERKINI: RINGKASAN PENGUMUMAN KHAS DARURAT OLEH YAB PERDANA MENTERI (12 JANUARI 2021)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos depan bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat itu.

“Ingin saya tegaskan bahawa darurat diisytiharkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung tidak akan dilaksanakan.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Info Penting Pengumuman Perdana Menteri Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)

“Sebaliknya, kerajaan awam akan terus berfungsi, let me asure you that civilian government continue to function. The Emergency proclaim by Yang di-Pertuan Agong it’s not millitary coup and curfew will not be enforce,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri pada Isnin.

Tambah Muhyiddin, Jemaah Menteri dan Majlis Kerajaan Negeri akan terus berfungsi seperti biasa dalam tempoh darurat dilaksanakan.

“Jemaah menteri dan majlis kerajaan negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong dari masa ke semasa.

“Saya beri jaminan jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan pusat dan negeri tidak akan tergangu dengan pengisytiharan darurat,” katanya lagi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

BERIKUT ADALAH RINGKASAN PENGUMUMAN KHAS DARURAT OLEH YAB PERDANA MENTERI (12 JANUARI 2021)


📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam – PM Muhyiddin

📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak – PM Muhyiddin

📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius – PM Muhyiddin

📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi – PM Muhyiddin

📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan – PM Muhyiddin

📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat – PM Muhyiddin

📌Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam – PM Muhyiddin

📌Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan – PM Muhyiddin

📌Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat – PM Muhyiddin
📌PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya – PM Muhyiddin

📌Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah COVID-19 — PM Muhyiddin

📌Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan – PM Muhyiddin

📌Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP – PM Muhyiddin

📌Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran – PM

📌Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani COVID-19 dan urus ekonomi negara – PM Muhyiddin

📌Ordinan perangi sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barang secara keterlaluan boleh dimasyurkan oleh Agong – PM

📌Darurat: Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa perundangan negeri kecuali hukum syarak, undang-undang atau adat negeri di Sabah, Sarawak – PM Muhyiddin

Sumber – BERNAMA