BKC PEMULIH: JUMLAH & TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 (MULAI 6 SEPTEMBER)

INFO: BKC PEMULIH – JUMLAH & TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 (MULAI 6 SEPTEMBER)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula diagihkan bermula 6 September sehingga 10 September 2021.

Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.

Baca Lanjut

BKC: TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MULAI OGOS 2021

INFO: BKC – TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MULAI OGOS 2021

Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat iaitu BKC atau Bantuan Khas COVID-19.

Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk BKC di bawah pakej PEMULIH. Selain itu, PM turut mengumumkan bayaran tambahan BPR yang diumumkan 31 Mei lalu akan mula dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun 2021.

i-Citra pula akan disalurkan bermula 2 Ogos ini. Berikut adalah makluman tambahan berkaitan Bantuan Khas Covid-19 yang telah diumukan;

Baca Lanjut