
INFO: BKC PEMULIH – JUMLAH & TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 (MULAI 6 SEPTEMBER)
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula diagihkan bermula 6 September sehingga 10 September 2021.
Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.
Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Tarikh Bayaran i-Citra KWSP (Bulan September 2021)

MATLAMAT PEMULIH
Menerusi pelaksanaan PEMULIH, kerajaan menetapkan 3 matlamat utama iaitu:
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Perniagaan
- Meningkatkan Vaksinasi
Pelaksanaan BKC adalah terkandung di bawah matlamat pertama PEMULIH iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.
KELAYAKAN PENERIMA
Penerima yang akan menerima BKC adalah berdasarkan kelayakan berikut iaitu:
i) Miskin tegar dan B40
- Isu rumah atau warga emas: Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang: Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
ii) M40
- Isi rumah: Pendapatan RM5,001 hingga RM9,000.
- Bujang: Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000.
JUMLAH BAYARAN
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak adalah seperti berikut:
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran Isi Rumah | Jumlah Bayaran Bujang |
Miskin Tegar | RM1,300 | RM500 |
B40 | RM800 | RM200 |
M40 | RM250 | RM100 |
JADUAL PEMBAYARAN
Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah mengikut fasa seperti berikut:
Kategori Penerima | Fasa 1 (September) | Fasa 2 (November) | Fasa 3 (Disember) |
Isi rumah Miskin Tegar | RM500 | RM500 | RM300 |
Bujang Miskin Tegar | RM200 | RM300 | – |
Isi rumah B40 | RM500 | RM300 | – |
Bujang B40 | RM200 | – | – |
Isi rumah M40 | RM250 | – | – |
Bujang M40 | RM100 | – | – |
CARA PEMOHONAN
Bagi permohonan BKC, tiada permohonan baharu dibuka kerana data penerima diambil daripada penerima BPR 2021.
SOALAN LAZIM
- Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini?
Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.
- Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.
- Berapa banyakkah fasa bayaran BKC akan dibuat?
Fasa pembayaran BKC akan dibuat mengikut kategori penerima.
- Apakah matlamat utama pelaksanaan BKC?
Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI