PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.
Bengkel tersebut adalah Bengkel Intensif & Latihan Online Marketing di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform media sosial dan digital marketing.
Kami sangat faham kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.
Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI