PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Alhamdulillah, pada 12hb Oktober 2019 yang lalu telah berlangsung Bengkel Pembiayaan, Pemasaran & Persyarikatan anjuran bersama Open Universiti Malaysia Perak & Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak.

Seramai hampir 40 orang peserta telah mengikuti bengkel ini dan telah menimba ilmu keusahawanan yang sangat efektif serta memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

Melalui bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan info berkaitan agensi atau entiti yang ada menyediakan pembiayaan sama ada geran atau pinjaman serta mempelajari perkara asas-asas yang penting untuk layak menerima dan lulus geran atau pembiayaan.


En. Sharul selaku Pengerusi Kumpulan PUBI menyampaikan ucapan alu-aluan

Peserta juga didedahkan tentang perbezaan antara syarikat Enterprise, PLT dan Sdn Bhd serta kelebihan-kelebihannya dan perkongsian tentang ilmu penyediaan kertas kerja dan rancangan perniagaan untuk tujuan memohon geran atau pinjaman.

Selian itu, penceramah jemputan juga berkongsi tip-tip untuk memohon Lesen Kewangan, kaedah membuat profail syarikat serta tips mengenal pasti pelanggan, cara promosi disamping tools penting yang perlu ada untuk tujuan pemasaran secara online dan offline.

Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah En. Mohd Sharif Bin Md. Arif selaku Pengarah Urusan Duta Expert Solution Sdn Bhd yang pernah bertugas sebagai Pegawai Proses di Bahagian Francais pada tahun 2001.

Beliau juga merupakan Vendor Kementerian Pembangunan Usahawan. Beliau mengurus dan memproses permohonan pendaftaran francais dan memberi khidmat konsultansi dan berpengalaman lebih lima belas (15) tahun dalam menguruskan projek pembangunan perniagaan dan francais.

Antara pelanggan syarikat beliau ialah Cosmopoint, Otai Burger, Sunrider, Buraq Oil, Jukebox, Easy Pha-Max, Simplysiti, Mustika Ratu dan banyak lagi


En. Ismail Jamil mewakili YB Hasnul Zulkarnain hadir untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup.

Majlis Perasmian Penutup bengkel ini pula telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Kanan kepada Yang Berhormag Tuan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Exco Multimedia, Komunikasi & NGO Kerajaan Negeri Perak iaitu Saudara Ismail Jamil.

Turut hadir pada majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta adalah Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak iaitu En. Sharul, Pengarah Open University Malaysia Puan Zuraida serta wakil dari CGC Malaysia iaitu En Khusairi.

Alhamdulillah, semarai 30 orang peserta telah tamat menyertai bengkel pada hari ini dan telah mendapat ilmu yang berguna dan bermanfaat. Diharapkan bengkel yang berlangsung ini akan memberi impak ekonomi kepada perniagaan masing-masing serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada semua peserta yang hadir.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah

(opens in a new tab)”>Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI