PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 6hb Oktober 2019 yang lalu, PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah kursus usahawan iaitu Program Taklimat Pembungkusan, Perlabelan & Nutrisi Makanan anjuran PUBI Perak dengan kerjasama Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu KBio Corporation Sdn Bhd.

Kursus usahawan yang berimpak tinggi ini dijalankan bagi membantu usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh dan di sekitar Negeri Perak yang ingin memajukan perniagaan masing-masing.

Taklimat khas ini adalah untuk pengusaha/usahawan/peniaga makanan di seluruh Negeri Perak bagi meningkatkan kualiti pengeluaran produk masing-masing disamping meningkatkan produktiviti.

Seramai hampir 20 orang peserta telah menyertai taklimat yang dianjurkan ini dan telah mendapat ilmu yang sangat berguna untuk diaplikasikan di dalam perniagaan masing-masing terutamanya kepada peserta yang terlibat di dalam industri pemakanan.

Taklimat ini telah meliputi topik-topik yang memlibatkan pemprosesan makanan, pengawetan & pembungkusan makanan yang berkesan serta peserta didedahkan dengan penggunaan teknologi pembungkusan bagi produk-produk makanan yang ada di pasaran.

Selain itu peserta juga didedahkan dengan pemahaman berkaitan Garis Panduan Pelabelan, Fakta Pemakanan & Nutrisi Makanan serta perlbagai tips-tips berkaitan pemprosesan makanan, pengawetan & pembungkusan makanan yang sangat bermanfaat.

Semoga dengan penganjuran taklimat ini diharapkan akan dapat memberi manfaat serta ilmu yang sangat berguna kepada peserta-peserta yang hadir.

Turut hadir pada sesi pembukaan pada sebelah pagi adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul dan Majlis penyampaian sijil pula telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat PUBI Perak iaitu Saudara Mohamad Jamean.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI