TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA : BANTUAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM 20,000

INFO : TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA

Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang kini mengorak langkah ke arah melahirkan usahawan digital yang berdaya saing sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara.

Tabung Usahawan Belia FELDA(TUBF) dengan dana pusingan berjumlah RM 10 juta ini merupakan peluang yang cukup baik untuk usahawan muda yang ingin mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA : PEMBIAYAAN PKS MIKRO RM40 BILION

INFO: SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA – PEMBIAYAAN PKS MIKRO RM40 BILION

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia dengan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan terutamanya Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Mikro berjumlah RM40 bilion.

Tujuan inisiatif ini diumumkan adalah untuk memastikan keupayaan PKS dan Mikro terpelihara terutamanya ekoran penularan pandemik COVID-19.

Inisiatif ini juga sebahagian daripada strategi induk Belanjawan 2022 untuk membantu sektor perniagaan bangkit semula terutamanya kepada PKS dan Mikro.

Baca Lanjut

DANANITA MARA 2022: SKIM PEMBIAYAAN WANITA HINGGA RM150,000

INFO: DANANITA MARA 2022 – SKIM PEMBIAYAAN WANITA HINGGA RM150,000

Berita baik untuk usahawan wanita, MARA menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk anda menyediakan pelbagai keperluan perniagaan seperti modal pusingan dan pembelian mesin.

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Ikuti info lengkap di bawah untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan.

Baca Lanjut

GKP 4.0 : SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 (23 NOVEMBER 2021)

GKP 4.0 – SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 (23 NOVEMBER 2021)

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 telah diluluskan kepada 1 juta usahawan.

Bantuan ini seiring untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa pandemik.

Semakan status dan kelulusan pula boleh disemak bermula Isnin, 22 November 2021.

Baca Lanjut