GKP 4.0 – SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 (23 NOVEMBER 2021)

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 telah diluluskan kepada 1 juta usahawan.

Bantuan ini seiring untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa pandemik.

Semakan status dan kelulusan pula boleh disemak bermula Isnin, 22 November 2021.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: SUPERB TERAJU – Geran Pembangunan Perniagaan Hingga RM500,000

Terkini, PM Ismail Sabri memaklumkan bahawa bayaran kedua Geran Khas Prihatin 4.0 ini akan dibuat bermula 23 November 2021.

Perkara ini dimaklumkan melalui sebuah hantaran di media sosial Twitter dan Facebook Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.

APAKAH GKP 4.0 ?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.

GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.

GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.

Pakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

gkp 4.0

KADAR & TARIKH BAYARAN GKP 4.0 FASA 1 DAN FASA 2

Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu:

  • Fasa 1 : Bayaran bermula pada 21 September 2021 (RM500)
  • Fasa 2 : Bayaran pada 23 November 2021 (RM500)

Terkini dimaklumkan bahawa penerima sudahpun dikreditkan jumlah bayaran Fasa 2 pada pagi ini, 23 November 2021.

CARA SEMAKAN STATUS

Langkah semakan status pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Log masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan.
  3. Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.

Difahamkan bayaran sudahpun dikreditkan mulai 23 November 2021 bagi pemohon yang berstatus lulus.

MAKUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD

Leave a Reply