INFO : TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA

Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang kini mengorak langkah ke arah melahirkan usahawan digital yang berdaya saing sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara.

Tabung Usahawan Belia FELDA(TUBF) dengan dana pusingan berjumlah RM 10 juta ini merupakan peluang yang cukup baik untuk usahawan muda yang ingin mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: 5 Tips Pengurusan Wang Untuk Usahawan Muda

APAKAH TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA?

Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai Tabung Usahawan Belia FELDA :

Pinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka / pentadbir lingkungan umur 18 – 40 tahun.

Keutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA.

Pembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan.

Pinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.

Usahawan belia FELDA perlulah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

KELEBIHAN PEMINJAM TUBF

Antara manfaat yang ditawarkan kepada peminjam TUBF adalah :

  • Peluang ikuti kursus induksi secara percuma.
  • Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.

KADAR PINJAMAN

Kadar pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Usahawan sedia ada : RM 10,000 – RM 20,000
  • Usahawan baharu : RM 5,000 – RM 15,000

Antara pakej perniagaan yang ditawarkan kepada peminjam yang layak adalah :

Usahawan sedia ada : 4 pakej  perniagaan (perkhidmatan, kraf, perniagaan, perusahaan)

Usahawan baharu : 6 pakej perniagaan (kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, car wash)

SYARAT KELAYAKAN (TEMPOH PERNIAGAAN)

Usahawan yang berminat perlulah menepati tempoh urusniaga seperti berikut :

Usahawan sedia ada : Urusniaga sekurang-kurangnya 1 tahun

Usahawan baharu : Urusniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.

TEMPOH PERMOHONAN

Calon yang berminat boleh lakukan permohonan  pada :

Usahawan sedia ada : Mulai Ogos 2022

Usahawan baharu : Mulai Januari 2023

Maklumat mengenai cara memohon akan dimaklum oleh pihak FELDA dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai TUBF, sila hubungi Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA di talian 03-2191 2152/ 2029/ 2052/ 2012/ 2051/ 2180 atau layari laman web https://felda.gov.my/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD