PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Selangor bakal menganjurkan Program Inkubator Usahawan Belia Tani bagi warga belia yang berminat.
Program ini adalah salah satu bentuk latihan pertanian jangkamasa panjang secara praktikal di ladang. Peserta yang terpilih akan menyertai program ini bermula pada Januari sehingga November 2023 secara sepenuh masa di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: JUMPER PUNB 2022: Program Latihan Keusahawanan Graduan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup bagi permohonan program ini adalah pada 15 Disember 2022.
- Elaun
- Tempat Penginapan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Belia berusia 18-40 tahun (Graduan Institut Pertanian / IPTA / IPTS / pesara tentera / polis dan orang awam).
- Lahir di negeri Selangor / pemastautin tetap di negeri Selangor.
- Mempunyai sijil SPM / SPMV atau yang setaraf dengannya.
- Berminat sepenuhnya dalam mengusahakan projek pertanian.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang teknikal tanaman adalah digalakkan.
- Bersedia memberi kerjasama dan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
- Memberi sepenuh tumpuan kepada projek yang dijalankan termasuk dari segi masa, tenaga dan modal bagi menjayakan program ini.
- Serius menceburi bidang pertanian selepas tamat program.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian dengan mengisi Google Form di pautan berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe36qO-WA9fj4JFbfTpOeXuj7g7SE8ceNksQGw2gU6K4HsFzg/viewform
Semua maklumat perlulah perlulah diisi secara lengkap dan betul.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pemohon yang berjaya dihubungi untuk sesi temuduga hendaklah membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang disenaraikan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil SPM/SPMV
- Salinan sijil IPTA / IPTS / Politeknik (jika berkaitan)
- Salinan sijil kursus pertanian dari mana-mana Jabatan/agensi/swasta yang pernah diikuti (jika berkaitan)
- Resume
Peserta yang tidak menerima sebarang panggilan dianggap tidak berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk keterangan lanjut mengenai Program Inkubator Usahawan Belia Tani Jabatan Pertanian Negeri Selangor (BPMI) di talian (03-55189888) atau Pusat Latihan Pertanian Kalumpang 03-6049 1744.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI