ELAUN MENCARI PEKERJAAN (SIP EMP+ PERKESO) RM300 SEBULAN

Anda sedang mencari kerja? Jika ya, anda layak menerima Insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang dikendalikan oleh PERKESO!

Jika anda kehilangan pekerjaan atau sedang menganggur akibat krisis wabak COVID-19, bukan pencarum PERKESO dan sedang aktif mencari pekerjaan, rebut peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) di bawah SIP EMP+.

Bagi pencari kerja dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan anda akan layak menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah sekurang-kurangnya RM300 dan Elaun Persediaan Bekerja sebanyak RM400 secara one-off setelah mendapat pekerjaan.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: SIP GIG PERKESO 2022: Insentif Sehingga Rm800 Sebulan Selama 6 Bulan

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) dan cara membuat permohonan bagi program ini.

APAKAH ELAUN MENCARI PEKERJAAN (EMP PLUS PERKESO)?

Secara umumnya, terdapat 2 kategori Elaun Mencari Pekerjaan yang boleh dimohon oleh pencari kerja, iaitu:

i) Program SIP EMP+ (Elaun Mencari Pekerjaan Kepada Bukan Pencarum PERKESO)

SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikan kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah berakhir pada 31 Disember 2021.

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

INSENTIF YANG DITAWARKAN

  • Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan.
  • Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.
  • Sekiranya individu itu mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
  2. Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobs
  4. Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  5. Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember
2022.

CARA PERMOHONAN

Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO
melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau
AppStore bagi pengguna peranti iOS.

NOTA: Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP ( https://eaduansip.perkeso.gov.my/ ).

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

ii) Program SIP EMP+ Kepada Pencarum PERKESO

Jika anda merupakan pencarum PERKESO, anda boleh membuat permohonan Elaun Mencari Pekerjaan melalui SIP EMP+ untuk pencarum PERKESO.

SYARAT KELAYAKAN

Program SIP EMP+ kepada pencarum ini adalah bantuan kewangan kepada pekerja yang telah berdaftar di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang meliputi dua kategori sama ada yang layak dan tidak layak mendapat
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

Dua kategori Kehilangan Pekerjaan (LOE) yang tidak layak mendapat EMP (Akta 800) adalah –

  • Pekerja yang tidak memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC) sebagaimana ditetapkan di bawah Jadual Keempat Akta 800, atau
  • Pekerja yang telah habis tempoh kontrak perkhidmatan sekurang-kurangnya 24 bulan tempoh perkhidmatan dan pernah diperbaharui sekurang-kurangnya sekali di majikan yang sama.

KADAR BANTUAN

Bagi kategori pekerja yang layak mendapat EMP selama 6 bulan di bawah Akta 800, kadar bantuan kewangan di bawah SIP EMP+ kepada pencarum adalah seperti berikut:

TARIKH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi program SIP EMP+ kepada pencarum adalah dibuka sehingga 31 Julai 2022.

CARA PERMOHONAN

Sila layari https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/emp-plus/ untuk membuat permohonan secara online.

MUAT TURUN APLIKASI PRIHATIN PERKESO

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.

Sila muat turun melalui :

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1 300 22 8000 atau e-mel ke myfuturejobs@perkeso.gov.my

PENDAFTARAN MYFUTUREJOBS

Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.

Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

  • Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
  • Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
  • Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
  • Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
  • Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  • Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan PENJANA KERJAYA, anda juga boleh terus ke pautan ini: https://eisjobs.perkeso.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Info lanjut mengenai insentif ini, sila layari https://www.myfuturejobs.gov.my/…/sip-prihatin…/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD

Leave a Reply