SEMAK STATUS i-SINAR KATEGORI 2 & TARIKH PEMBAYARAN (25 FEBRUARI 2021)

INFO: SEMAK STATUS i-SINAR KATEGORI 2 & TARIKH PEMBAYARAN (25 FEBRUARI 2021)

Bagi orang ramai yang telah memohon kemudahan i-Sinar bagi kategori 2, anda kini boleh membuat semakan status permohonan anda secara atas talian.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa orang ramai boleh membuat semakan status permohonan kemudahan i-Sinar bagi kategori 2 mulai 8 Februari 2021 bermula jam 8.00 pagi.

Oleh itu, bagi orang ramai yang telah membuat semakan sebelum ini dan mendapati bahawa permohonan mereka diluluskan, mereka perlu membuat semakan sekali lagi.

Baca Lanjut

PENGISIAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT PERCUMA – LHDN

Gambar – Bernama

TERKINI: PENGISIAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT PERCUMA – LHDN

KUALA LUMPUR, 8 Feb  — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.

Baca Lanjut

TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) FASA 1

INFO: TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) FASA 1

Berdasarkan makluman LHDNM, bayaran duit BPR fasa 1  akan dibayar secara beperingkat mulai penghujung Febuari 2021.

KATEGORI PERMOHONAN BPR 2021

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Baca Lanjut

PEMBAYARAN PENDAHULUAN i-SINAR (K2) RM 1,000 BERMULA 26 JANUARI

INFO: PEMBAYARAN PENDAHULUAN i-SINAR (K2) RM 1,000 BERMULA 26 JANUARI

Pada pengumuman pakej baharu atau lebih dikenali sebagai PERMAI, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa KWSP akan melakukan proses pembayaran pendahuluan RM 1,000 bagi pemohon kategori 2.
Menurut beliau, proses pembayaran pendahuluan tersebut akan dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Pembayaran pendahuluan ini akan bermula pada 26 Januari 2021 (Selasa).

Baca Lanjut