INFO: PEMBAYARAN PENDAHULUAN i-SINAR (K2) RM 1,000 BERMULA 26 JANUARI
Pada pengumuman pakej baharu atau lebih dikenali sebagai PERMAI, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa KWSP akan melakukan proses pembayaran pendahuluan RM 1,000 bagi pemohon kategori 2.
Menurut beliau, proses pembayaran pendahuluan tersebut akan dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Pembayaran pendahuluan ini akan bermula pada 26 Januari 2021 (Selasa).
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: ‘Pergilah Bermain Di Taman Syurga Anakku’ – Luahan Wanita Ini Buat Ramai Sebak
APA ITU PEMBAYARAN PENDAHULUAN/INTERIM?
Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang akan dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.
Sebagai contoh, jika anda mohon jumlah i-Sinar RM 10,000. Pembayaran pendahuluan akan dilakukan sebanyak RM 1,000. Baki jumlah keseluruhan akan menjadi RM 9,000.
BAGAIMANA UNTUK DAPAT PEMBAYARAN PENDAHULUAN?
Terlebih dahulu anda perlu membuat permohonan rasmi i-Sinar untuk Kategori 2 melalui portal rasmi.
Sekiranya anda telah selesai memohon termasuklah memuat naik / upload dokumen sokongan relevan, pembayaran akan bermula pada 26 Januari.
Manakala, sekiranya anda belum memuat naik dokumen sokongan. Anda perlu muat naik dan setelah anda memuat naik, pembayaran interim akan diproses dalam masa 7 hari mengikut tarikh permohonon (muat naik dokumen sokongan).
Pembayaran pendahuluan hanya dilakukan sekiranya anda lulus.
Situasi 1
Sekiranya baki Akaun 1 anda hanya di bawah RM 1,000. Anda perlu tinggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100.
Situasi 2
Sekiranya anda telah memohon pengeluaran RM 10,000 dan telah memilih RM 5,000 untuk pembayaran pertama.Apabila pembayaran pendahuluan dilakukan, anda akan menerima RM 4,000 pada pembayaran pertama kerana anda telah dapat RM 1,000 pada pembayaran interim.
Sumber: Laman Web KWSP.
KOMEN TERKINI