SEMAKAN BPN 2.0 FASA 2: JUMLAH & TARIKH BAYARAN (JANUARI 2021)

SEMAKAN BPN 2.0 FASA 2: JUMLAH & TARIKH BAYARAN (JANUARI 2021)

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0. Semakan BPN 2.0 kini boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini. Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda telah boleh membuat permohonan bermula 15 Oktober 2020 yang lalu.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021. Untuk permohonan baharu, anda boleh rujuk artikel ini.

Baca Lanjut

PERMOHONAN JUMPER PUNB 2021: ELAUN RM1,200 & GERAN RM10,000

INFO: PERMOHONAN JUMPER PUNB 2021: ELAUN RM1,200 & GERAN RM10,000

Bagi anda yang ingin menjadi usahawan muda yang berjaya, kini anda boleh menyertai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB bagi pengambilan Mac 2021 yang dikendalikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Untuk makluman, PUNB adalah syarikat yang ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan sejak 2019, PUNB telah disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Objektif utama penubuhan PUNB adalah meningkat kualiti usahawan bumiputera dan menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.

Baca Lanjut

BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 DIBUAT JANUARI 2021

TERKINI: BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 DIBUAT JANUARI 2021

Kuala Lumpur: Bayaran fasa kedua dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat dalam bulan Januari 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.”Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula

disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GERAN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

Kerajaan negeri Perak tampil dengan satu inisiatif yang patut dipuji. Inisiatif tersebut adalah geran khas sebanyak RM3,000 yang diberikan khas kepada peniaga kecil dan sederhana di negeri Perak.

Program ini dikenali sebagai Geran Usahawan Perak (GeRUP) dan telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Saarani Mohamad pada 18hb Julai 2020 yang lalu.

Melalui Geran khas Gerup ini, ianya akan membantu PKS bumiputera yang berada di negeri Perak untuk memulakan kembali perniagaan mereka setelah menjalani beberapa bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada COVID-19.

Baca Lanjut