PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB) 2020 BSN MYHOME

INFO – PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB) 2020 BSN MYHOME

Bagi yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 di bawah skim MyHome BSN.

Melalui skim ini, diharapkan golongan bujang dan yang sudah berkahwin mampu membeli rumah pertama mereka dengan dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.

Dana subsidi sebanyak RM200 sebulan sepanjang 2 tahun pertama turut disediakan.

Contohnya jika bayaran bulanan rumah RM1,500 sebulan, jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,300 dalam tempoh 2 tahun pertama.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME) 2020

INFO – PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME) 2020

Bagi anda yang bekerja sektor swasta, kerajaan ada memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama melalui Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali sebagai skim MyHome 2020.

Melalui skim ini, kerajaan menyediakan insentif sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah yang ingin dibeli.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BSH 2020

INFO: PERMOHONAN BSH 2020

Untuk makluman semua rakyat Malaysia bahawa tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH).

Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan BSH 2020 adalah TIDAK PERLU MEMBUKA AKAUN BANK bagi pengisian maklumat bank pada permohonan BSH 2020.

Ini kerana, bagi permohonan yang lulus BSH 2020 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan BSH 2020 atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak BSN akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran BSH 2020.

Baca Lanjut