PEMANTAUAN PESERTA PEKB 2021 BAGI BULAN APRIL 2022

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada bermula pada 1hb April sehingga 30hb April 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan ke rumah setiap peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan bagi kegiatan perniagaan yang telah dijalankan.

Baca Lanjut

SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA, PERLINDUNGAN INSURANS GOLONGAN MISKIN

INFO : SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA, PERLINDUNGAN INSURANS GOLONGAN MISKIN

Selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan, Perdana Menter Malaysia telah berbesar hati memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini bakal memberikan manfaat perlindungan sosial dan insurans kepada lebih 268,000 buah keluarga terutamanya dari golongan miskin dan miskin tegar.

Bagi memastikan Skim Insurans Keluarga Malaysia ini dmanfaatkan oleh golongan yang layak, perlindungan ini hanya diberikan kepada keluarga dimana Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar dengan sistem eKasih sahaja.

Baca Lanjut

PERANTISISWA 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN

INFO: PERANTISISWA 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN

PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.

Pakej ini diwujudkan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.

Initiatif terbabit akan diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kewangan dan juga beberapa syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BIZ MAN UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

INFO: PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BIZ MAN UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

Permohonan Bantuan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Insentif Biz Man untuk usahawan lelaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.

Insentif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Perak ini disediakan kepada usahawan lelaki dan OKU melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.

Bantuan ini diwujudkan bagi  membantu usahawan lelaki dan OKU untuk memajukan perniagaan mereka menerusi bantuan peralatan yang disediakan.

Baca Lanjut