INFO: PERANTISISWA 2022: CARA DAFTAR DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN
PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.
Pakej ini diwujudkan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.
Initiatif terbabit akan diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kewangan dan juga beberapa syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Daftar Bigpay & Tebus Kredit ePemula RM 150
Terbaharu, permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar IPT akan dibuka bermula 15 April 2022 ini.
SPESIFIKASI TABLET YANG DIBEKALKAN
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.
SYARAT KELAYAKAN PAKEJ PERANTISISWA
Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.
Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:
- Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
CARA MEMOHON PERANTISISWA DAN TARIKH PENDAFTARAN
Tempoh permohonan pakej Perantisiswa ini bermula pada 15 April 2022, jam 8.00 pagi melalui portal PerantisSiswa.
TARIKH PENGAGIHAN TABLET
Pengagihan peranti pula akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022 dan akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu
- Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
- Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ PERANTI SISWA
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau melalui talian berikut:
- 03-8911 5351
- 03-8911 5258
- 03-8911 5265
- 03-8911 5188
Anda juga melayari FAQ yang disediakan oleh KKKM.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI