INFO : SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA, PERLINDUNGAN INSURANS GOLONGAN MISKIN

Selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan, Perdana Menter Malaysia telah berbesar hati memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini bakal memberikan manfaat perlindungan sosial dan insurans kepada lebih 268,000 buah keluarga terutamanya dari golongan miskin dan miskin tegar.

Bagi memastikan Skim Insurans Keluarga Malaysia ini dmanfaatkan oleh golongan yang layak, perlindungan ini hanya diberikan kepada keluarga dimana Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar dengan sistem eKasih sahaja.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual / Peniaga

PENDAFTARAN KIR DENGAN EKASIH

Bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat manfaat daripada skim insurans ini, maka setiap ketua keluarga yang merasakan keluarga mereka layak perlulah mendaftarkan diri dengan sistem eKasih.

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 

Selain Skim Insurans Keluarga Malaysia, KIR dan AIR yang berdaftar dengan eKasih juga layak menerima bantuan-bantuan lain yang telah diumumkan kerajaan (dan bantuan-bantuan lain pada masa hadapan).

Pendaftaran eKasih atau maklumat lanjut eKasih boleh didapat melalui laman web eKasih di alamat https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

MANFAAT PERLINDUNGAN INSURANS

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah manfaat yang bakal diterima bagi mereka yang layak untuk Skim Insurans Keluarga Malaysia ini.

Melalui skim ini, kerajaan memperuntukkan RM13.6 juta setahun bersamaan dengan premium RM50 bagi setiap keluarga.

Dengan skim perlindungan ini, anda akan memperoleh manfaat berikut:

  1. ,Sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000, keilatan kekal RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000.

KERJASAMA PRU-TAKAFUL BSN

Seperti mana yang kita sedia maklum, Pru-Takaful BSN merupakan antara syarikat penyedia takaful yang popular di Malaysia.

Melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat itu sejak tahun 2018 telah memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD