PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERAK SEJAHTERA 2021

INFO: PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERAK SEJAHTERA 2021

Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 berjumlah RM19.5 juta bagi berdepan kesan Covid-19, termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi sepanjang sekatan pergerakan penuh.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, peruntukan diluluskan melalui mesyuarat kerajaan negeri dan fokusnya adalah untuk menjamin kelangsungan hidup termasuk keluarga miskin, kalangan B40, gelandangan, penjaja dan peniaga kecil, belia, petani selain operator sektor pelancongan.

“Antara intipatinya adalah pengecualian sewaan rancangan perumahan iaitu pengecualian bayaran sewaan bagi program Rancangan Perumahan Awam (RPA) di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi Jun membabitkan 24 penerima.

Baca Lanjut

BPR TAMBAHAN: SEMAKAN BAYARAN RM100, RM300 & RM500 AKHIR JUN INI

INFO: BPR TAMBAHAN – SEMAKAN BAYARAN RM100, RM300 & RM500 AKHIR JUN INI

Berita baik bagi penerima BPR, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri telah diumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA+.

Sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan tersebut bagi tujuan membantu kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh pandemik yang mencabar.

Berikut dikongsikan info penuh tentang bayaran Bantuan Prihatin Rakyat tambahan yang diumumkan setakat ini.

Baca Lanjut

BANTUAN PKP 3.0: SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

TERKINI: BANTUAN PKP 3.0 – SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini, mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri menjelaskan, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion.

Katanya, pelaksanaan PEMERKASA Plus menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Baca Lanjut

SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR FASA 2 (TIADA AKAUN BANK)

INFO: SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR FASA 2 (TIADA AKAUN BANK)

Bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BSN) yang tidak mempunyai akaun bank, anda dinasihatkan untuk menyemak nombor baucar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan mendapatkan wang BPR secara tunai.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa penerima BPR tersebut boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan wang BPR secara tunai bermula 17 Mei 2021.

Bagi yang mempunyai akaun bank, pembayaran BPR telah pun dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan bermula 7 Mei 2021 yang lalu. Pemberian BPR Fasa 2 kali ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.75 bilion. Jumlah penerima yang menerima BPR Fasa 2 ini adalah sebanyak 8.4 juta penerima di seluruh negara.

Baca Lanjut