INFO: SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR FASA 2 (TIADA AKAUN BANK)
Bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BSN) yang tidak mempunyai akaun bank, anda dinasihatkan untuk menyemak nombor baucar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan mendapatkan wang BPR secara tunai.
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa penerima BPR tersebut boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan wang BPR secara tunai bermula 17 Mei 2021.
Bagi yang mempunyai akaun bank, pembayaran BPR telah pun dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan bermula 7 Mei 2021 yang lalu. Pemberian BPR Fasa 2 kali ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.75 bilion. Jumlah penerima yang menerima BPR Fasa 2 ini adalah sebanyak 8.4 juta penerima di seluruh negara.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19
NILAI BAYARAN BPR FASA 2
Nilai bayaran BPR Fasa 2 kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
ADVERTISEMENT
- Isi rumah berpendapatan RM5000 dan ke bawah: RM150 hingga RM400.
- Warga emas berpendapatan RM5000 dan ke bawah (bujang/tiada pasangan): RM300 hingga RM600.
- Individu bujang berpendapatan RM2500 dan ke bawah: RM200 hingga RM350.
CARA SEMAKAN NO. BAUCAR BPR FASA 2
Berikut dikongsikan cara membuat semakan no baucar BPR Fasa 2:
- Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan nombor MyKad anda di ruang kosong
- Tekan butang ‘Semak’
- Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.
- Berikut ialah maklumat yang dipaparkan.
- Nama
- Fasa
- Jumlah bayaran
- Status kredit
- Tarikh tunai
- Nama tunai bank
- Nama bank
- No akaun bank
- Kod tidak berjaya
- Nombor baucar
- Sila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian tersebut.
No baucar ini boleh disimpan dalam handphone dan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan. Jangan risau jika anda berstatus LULUS namun tiada no baucar yang dipaparkan, anda masih boleh membuat penebusan bayaran BPR Fasa 2 ini.
Sila pastikan anda membawa kad pengenalan untuk membuat penebusan.
TEMPOH RAYUAN BPR FASA 2
Jika anda tidak lulus Fasa 2 tetapi lulus Fasa 1 tanpa alasan yang munasabah, anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LHDN.
Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Baca juga: Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 (Mulai 15-30 Jun 2021)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.
KOMEN TERKINI