
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 12hb Januari 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah program anjuran Human Resource Development Corporation iaitu Chief Executive Engagement Series (Perak) yang telah berlangsung di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh Perak Darul Ridzuan.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat Pemantauan Program PEKB Tahun 2022 Bil-01/2022
Tetamu kehormat bagi program ini adan Ketua Pegawai Eksekutif HRDC iaitu Datuk Shahul Dawood dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan Ibu Pejabat HRDC dan HRDC Negeri Perak.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke program ini adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin dan juga Bendahari Kehormat Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.
Objektif utama program ini adalah mempekenalkan HRDC kepada Syarikat serta NGO jemputan berkaitan peranan HRDC di dalam memberi latihan kepada pekerja di Malaysia serta tanggungjawab HRDC di dalam membangunkan sektor sumber manusia di negara ini.
Turut berlangsung adalah sesi dialog di antara Ketua Pegawai Eksekutif dan peserta yang hadir ke program ini.

Alhamdulillah dengan kehadiran PUBI Perak ke program ini maka segala input-input terkini telah diterima dengan baik serta akan dipraktikkan pada masa hadapan bagi memantapkan lagi sektor keusahawanan di Negeri Perak ini disamping memberi impak tersendiri kepada ekonomi di Negeri Perak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Human Resource Development Corporation kerana sudi menjemput PUBI Perak untuk hadir ke program yang berimpak tinggi seumpama ini dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan kepada PUBI Perak sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak kepada seluruh masyarakat serta mampu memantapkan lagi sektor ekonomi berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI