INFO: BAP 2023 – BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 berjumlah RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Pengumuman tersebut dibuat ketika Perdana Menteri mengumumkan Bajet Mini pada 20 Disember 2022 di Dewan Rakyat.
Pembayaran bantuan tersebut akan disalurkan pada Januari 2023 bagi membolehkan ibu bapa mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Intipati Mini Bajet 2023 – PM Anwar Ibrahim
Untuk makluman, BAP merupakan bantuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Sebelum ini, penerima bantuan ini akan diberikan bantuan berjumlah RM100 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
JUMLAH BAP 2023
Jumlah bantuan ini yang akan diberikan pada 2023 adalah sebanyak RM150 bagi setiap murid.
SYARAT KELAYAKAN
Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia.
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
- Murid bersekolah di:
– Sekolah Kerajaan (SK)
– Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
– Sekolah Agama
– Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
– Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
– Sekolah Integriti
– Sekolah Henry Gurney
CARA PENYALURAN
Peruntukan bantuan ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah.
Pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.
TARIKH PEMBAYARAN
Peruntukan akan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023.
Pihak sekolah domohon membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai BAP 2023, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://www.moe.gov.my/ .
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI