KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 09hb Mei 2021 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Operasi J&T Express Malaysia yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, Station 18 Ipoh Perak ini adalah kali ke-2 diadakan dan akan dijalankan secara bulanan bagi memantapkan operasi Perniagaan milik KOPUBI Perak Bhd ini.

Mesyuarat kedua bagi bulan mei tahun 2021 ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan turut dihadiri oleh Bendahari KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Shams.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Membekalkan Produk Paper Straw Kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Mesyuarat ini telah membincangkan hal ehwal pengurusan serta operasi PCP J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Bota Perak disamping meneliti prestasi perkhidmatan penghantaran barang ekspress yang telah ditawarkan kepada penduduk setempat.

Mesyuarat ini turut membincangkan banyak perkara termasuk hal ehwal pengurusan operasi perkhidmatan penghantaran ekspress serta kaedah untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan ini.

Mesyuarat yang berlangsung ini telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh dua orang Pembantu Khidmat Pelanggan yang sangat komited untuk membangunkan serta memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak terutamanya disamping meningkatkan ekonomi di seluruh bandar di Negeri Perak ini.

Mesyuarat kedua bagi bulan mei tahun 2021 ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan turut dihadiri oleh Bendahari KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Shams.

Pada akhir mesyuarat, En. Sharul Rahman telah menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berserta duit raya kepada dua orang staff KOPUBI Perak Bhd iaitu Saudara Amal dan juga Cik Amira yang bertugas sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di PCP J&T Express Bandar Seri Iskandar di Taman Maju.

Didoakan agar dipermudahkan segala urusan operasi PCP J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd ini yang mana sedang dalam usaha untuk menjayakan misi & visi koperasi untuk membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi