KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 27hb April 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan Program Edaran Beraneka Jenis Bubur kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak di Taman Temara, Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Live – Singgah Bazar Ramadhan Taman Temara

Syukur sebanyak 150 bekas beraneka jenis bubur telah berjaya diedarkan dalam masa 45 minit kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan di Taman Temara ini.

Walaupun cuaca agak hujan, namun program tetap berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan dengan izinNya juga program ini sangat berjaya.

Pengerusi Kumpulan PUBI, En. Sharul Rahman telah meluangkan masa untuk menyertai program amal ini dan disamping Naib Pengerusi PUBI Perak merangkap SU Kehormat PUBI Perak iaitu En. Haizul Fakarudin yang turut sama hadir.

Turut hadir adalah Bendahari PUBI Perak iaitu En Mohammad Nafis dan Penolong Setiausaha PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga Koperasi KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Zuraida serta beberapa Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang lain iaitu Pn Samsiah dan En. Firdaus.

Terima kasih kepada pengusaha beraneka jenis Bubur iaitu En Khairul Akmal yang telah menyediakan bubur-bubur yang lazat untuk diedarkan secara percuma kepada pengunjung-pengunjur Bazar Ramadhan ini.

Pengerusi Kumpulan PUBI, En. Sharul Rahman telah meluangkan masa untuk mengedar beraneka jenis bubur kepada pengunjung Bazar Ramadhan di Taman Temara, Ipoh Perak.

En Khairul Amal juga adalah merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan di dalam masa yang sama beliau turut berniaga di Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak di Taman Temara ini.

Syukur kerana Kumpulan PUBI masih dapat berbakti kepada masyarakat serta menyantuni penduduk setempat dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.

Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia