AIDIL FITRI MENJELMA LAGI..

Kedatangan 1 Syawal 1443 Hijrah bersamaan 2 Mei 2022 Masihi sememangnya amat dinanti-nantikan kerana umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia akan merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan selepas melaksanakan tuntutan agama yang juga antara lima Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan. Seterusnya tibalah masa untuk mendedikasikan atau membuat ucapan mahupun pantun selamat hari raya Aidilfitri kepada orang tersayang serta rakan-rakan.

AIDILFITRI DIRAIKAN SEBAGAI TANDA KESYUKURAN

Perayaan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam merupakan tanda kesyukuran setelah masing-masing berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu yang berjaya dilakukan selama sebulan di bulan Ramadan di samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan tahmid tanda keinsafan selain membuat ucapan selamat hari raya Aidilfitri.

SYAWAL ADALAH HARI KEMENANGAN

Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Ia disifatkan sebagai kemenangan bagi setiap umat Islam hasil dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.

Bersempena dengan Hari Lebaran yang kunjung tiba ini, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK DAN AHLI LEMBAGA KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang,
Kami aturkan salam menyambut Hari Raya AidilFitri,
Jika ada kata serta khilaf membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin..

Ikhlas daripada,
Ahli Jawatankuasa PUBI Perak & Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.