INFO – CARA KEMASKINI AKAUN BANK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang terdiri dari pembayar cukai berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana kelulusan akan diberikan secara automatik sekiranya individu tersebut memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Walau bagaimana pun, setiap pembayar cukai yang layak menerima BPN perlu memastikan maklumat akaun bank yang terdapat dalam data percukaian LHDN adalah terkini, betul dan tepat. 

Pihak LHDN menyarankan kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mempunyai data percukaian dengan LHDN agar mengemaskini maklumat akaun bank bagi memudah proses penyaluran BPN.

BACA LANJUT: Penerima BPN Ada Rekod Percukaian Perlu Kemaskini Maklumat Akaun Bank

Proses kemaskini maklumat akaun bank ini perlu dilakukan sebelum 30 April 2020 dan boleh dibuat secara online di pautan https://ez.hasil.gov.my/ci.

Ini membolehkan pengkreditan bantuan dibuat terus pada bulan Mei.

CARA UNTUK MENGEMASKINI AKAUN BANK BPN

Pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi LHDN di https://ez.hasil.gov.my/ci/
  2. Log masuk ke akaun anda dengan memasukkan nombor kad pengenalan baru / no passport / no tentera / no polis dan klik Hantar
  3. Setelah berjaya log masuk, klik ikon “Profile” yang terletak pada bahagian atas skrin
  4. Kemudian klik pada bahagian e-Kemaskini
  5. Isikan maklumat akaun bank yang tepat, klik simpan dan anda telah selesai kemaskini.

Seperti yang telah dimaklumkan, pembayaran BPN untuk B40 dan M40 akan disalurkan ke akaun bank masing – masing.

Oleh itu, adalah penting setiap penerima mengemaskini maklumat akaun bank masing – masing bagi memudahkan bantuan disalurkan tepat pada masanya.

Sekiranya maklumat akaun bank tidak dikemaskini, penyaluran bantuan sukar dikreditkan, walau bagaimana pun penerima akan menerima bantuan tersebut secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi yang memang tiada akaun bank, pembayaran juga akan dibuat secara tunai melalui BSN. Untuk membuat tuntutan tunai di BSN, penerima BPN perlu mendapatkan nombor siri yang dipaparkan di akaun BPN anda.

Bagi penerima BPN dari kategori M40, hanya ketua isi rumah sahaja yang perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank kerana bantuan akan dikreditkan ke akaun mereka.

Sekiranya pentaksiran cukai bersama dipilih semasa mengemukakan BNCP, bantuan akan dikreditkan ke akaun pembayar cukai yang ditaksir sahaja.

Setiap individu disarankan agar hanya menggunakan laman web rasmi LHDN semasa membuat pengemaskinian maklumat akaun bank dan tidak klik mana – mana link atau URL yang tidak sepatutnya.

Ini bagi mengelakkan sebarang penipuan atau penggodaman maklumat berlaku yang akan menyebabkan kerugian kepada pihak anda. Untuk makluman juga, pihak LHDN tidak memerlukan sebarang kod TAC bagi urusan pembayaran BPN.

Sekiranya anda mempunyai pelbagai persoalan berkaitan BPN, sila rujuk FAQ BPN yang telah disediakan dan boleh didapati di https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan kepada LHDN menggunakan salah satu cara berikut:

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;

  1. Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
  2. Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
  3. Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
  4. Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19
  5. Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan