KISAH KEHIDUPAN – ALHAMDULILLAH, RAMAI YANG SHARE BANTUAN DARI MAIPK DILULUSKAN, SYUKUR

DUKACITANYA Pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengumumkan bahawa peruntukkan bagi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk telah mencapai tahap maksimum dan telah DITUTUP SECARA RASMI.

UPDATE TERKINI : Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Telah Mula Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima mulai 30hb Mac 2020

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menyedari perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru itu, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf, baru-baru ini Pihak MAIPk dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah bersama beberapa rakan strategik telah memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat bertujuan meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik Wabak Covid-19.

Pihak pada hantaran di laman facebook MAIPk baru-baru ini telah meminta semua pemohon untuk menyemak status permohonan mereka melalui link yang telah diberikan.

Zakat Perak-MAIPk dihujani dengan komen-komen warga netizen yang mengucapkan terima kasih serta pujian kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) sambil memuat naik tangkap layar pemohonan mereka yang telah diluluskan.

Seorang pengguna facebook bernama Ayyu Asyraf pula turut berkongsi kegembiraan beliau melalui sebuah posting di Group Facebook I ♥️ Teluk Intan.

Dana Khas Agihan Zakat Membantu Usaha Menghadapi Pandemik Wabak Covid-19 –>

Di dalam Group Whatsapps anjuran PUBI Perak juga seorang ahli telah berkongsi keriangan kerana permohonan beliau juga telah diluluskan oleh pihak MAIPk.

SETINGGI PENGHARGAAN BUAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPK)

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) kerana sangat prihatin dan bersedia untuk membantu golongan yang sangat memerlukan pada ketika negara sedang dilanda ujian Covid-19.

Terima kasih juga diucapkan kepada pembayar zakat negeri Perak. Dengan zakat yang dibayar, manfaatnya dapat disalurkan kepada pelbagai pihak.

Marilah kita sama-sama merafakkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberi perlindungan dan kesihatan serta dihindari dari segala kesengsaraan dalam tempoh yang sukar ini.

Berusahalah kita semua menjaga diri serta keluarga, meningkatkan kewaspadaan dan sepanjang masa sentiasa mematuhi segala arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Kepada mereka yang masih belum mengetahui tentang bantuan ini sila klik untuk info lanjut seterus berkaitan Dana Khas Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31HB MAC 2020

Sumber Artikel : Facebook & Whatsapps