PANDUAN MEMOHON BANTUAN KHAS DAN ZAKAT MAIPk EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

DUKACITANYA Pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengumumkan bahawa peruntukkan bagi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk telah mencapai tahap maksimum dan telah DITUTUP SECARA RASMI.

UPDATE TERKINI : Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Telah Mula Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima mulai 30hb Mac 2020

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menyedari perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf, pada masa yang sama MAIPk juga harus mengambil langkah berjaga-jaga dan sama sekali tidak berkompromi dalam soal menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai lebih-lebih lagi dalam suasana dan situasi ketika ini.

MAIPk sangat menghargai usaha dan pengorbanan petugas hadapan di hospital dan klinik seluruh negeri Perak. Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan para petugas yang terlibat secara langsung kini telah bertugas dengan mendapat rehat yang minimum. Bekerja dari pagi sehingga ke malam demi memastikan aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan dan seterusnya melindungi nyawa orang awam.

Sehubungan itu, MAIPk dengan kerjasama rakan strategik telah meluluskan sumbangan dan bantuan seperti berikut iaitu Bantuan Tunai Kecemasan / Segera RM500.00 (Maksima) kepada Ketua Isi Rumah dan Bantuan khusus bagi individu yang hilang punca pendapatan permohonan bantuan boleh dibuat secara online mulai 21hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020.

Dana Khas Agihan Zakat Membantu Usaha Menghadapi Pandemik Wabak Covid-19 –>

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM500 MAIPk

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat dibawah;

  • Mastautin atau bekerja di PERAK. Dan berugama Islam sahaja.
  • Mempunyai Pendapatan Kasar tidak melebihi RM2000 (tertakluk kepada had kifayah MAIPk)
  • Terkesan Covid-19 samada tidak dapat berniaga/diberhentikan atau direhatkan tanpa gaji bermula Mac 2020
  • Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon)
  • Nama pemohon dan nama pemegang akaun bank mesti sama untuk memastikan tidak menggunakan kad pengenalan orang lain
  • Keutamaan kpd Asnaf Fakir Miskin yang pernah berdaftar dgn MAIPk, kecuali penerima Bantuan Bulanan Kewangan MAIPk, Bantuan JKM atau Kad Prihatin Perak

Sila Klik untuk Mengetahui dengan Lebih Lanjut serta Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, Pks Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19 –>

Terima kasih diucapkan kepada barisan hadapan semua petugas hospital dan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang telah banyak berkorban di kala negara dilanda ujian Covid-19.

Terima kasih juga diucapkan kepada pembayar zakat negeri Perak. Dengan zakat yang dibayar, manfaatnya dapat disalurkan kepada pelbagai pihak.

Marilah kita sama-sama merafakkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberi perlindungan dan kesihatan serta dihindari dari segala kesengsaraan dalam tempoh yang sukar ini.

Berusahalah kita semua menjaga diri serta keluarga, meningkatkan kewaspadaan dan sepanjang masa sentiasa mematuhi segala arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Semoga Allah Swt. mengurniakan keampunan kepada kita semua, memelihara dari musibah yang berat dan menjauhkan kita dari wabak penyakit Covid-19 yang telah melanda negara Malaysia yang kita cintai.

Insyallah..

Senarai Lengkap Bantuan Kewangan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat Covid-19 –>

PENGUMUMAN! KEPADA INDIVIDU YANG TELAH MEMOHON BANTUAN INI BOLEH TERUS MENYEMAK STATUS PERMOHONAN ANDA SEPERTI MANA YANG TELAH DISARANKAN OLEH PIHAK MAIPk

Assalamualaikum,

Sebagai pemakluman, pemohon yang telah membuat permohonan bantuan kecemasan boleh terus membuat semakan dengan login semula ke portal dan klik pautan SEMAKAN untuk mengetahui status permohonan.

** PAUTAN SEMAKAN **

http://isyura.maiamp.gov.my/kecemasan/

Sekian, terima kasih

Dana Khas Agihan Zakat Membantu Usaha Menghadapi Pandemik Wabak Covid-19 –>

TERDAHULU PADA 20HB MAC 2020 YANG LALU, MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU NEGERI PERAK ADA MENAFIKAN PENULARAN SEBUAH KENYATAAN MEDIA YANG TELAH TULAR DI MEDIA SOSIAL

Jom Baca Senarai Lengkap Bantuan Kewangan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat Covid-19 –>

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa merujuk infomasi yang sahih melalui sumber rasmi sahaja. Ini kerana banyak pihak ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing serta berniat jahat. Semoga kita sentiasa dilindungi olehnya serta dijauhi daripada tipu daya akhir zaman yang berleluasa kini.

Sumber: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)