KENALI LELAKI YANG BERADA PALING HADAPAN KETIKA NEGARA DIANCAM COVID-19
Ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik penularan wabak penyakit Covid-19, kita patut bersyukur kerana di barisan paling hadapan sekali ada seorang lelaki yang benar-benar komited untuk memimpin puluhan ribu jururawat, para doktor serta pegawai perubatan yang lain.
Beliau pada ketika ini sedang bertukus-lumus dan bekerja-keras bagi memastikan kesejahteraan jutaan nyawa daripada terancam akibat daripada penularan wabak penyakit yang sangat merbahaya ini.
Beliau tak lain dan tak bukan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah.
Walaupun ahli politik kerajaan sentiasa bertukar ganti, tetapi ‘kumpulan’ yang menggerakkan negara terus memberikan komitmen sepenuhnya dalam apa jua situasi.
Begitu juga dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang sentiasa ‘muncul’ siang dan malam bagi memberikan maklumat tepat kepada orang ramai dalam mengetui pasukan perubatan.
Tugas beliau dan kakitangan perubatan dalam menguruskan pelbagai bencana alam dan insiden yang berlaku sejak beberapa tahun lalu seharusnya dipuji rakyat Malaysia.
Selain jangkitan pandemik Covid-19, Dr Noor Hisham juga pernah menangani isu lain seperti insiden tembak jatuh pesawat MH17, banjir besar di Kelantan, wabak campak di Kuala Koh dan pencemaran di Pasir Gudang.
Beliau layak digelar WIRA NEGARA dan kita sebagai rakyat Malaysia harus memberikan penghormatan yang tertinggi kepada beliau.
Di sini, disertakan latar belakang beliau supaya kita dapat mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.
NAMA | : | Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah |
TARIKH LAHIR | : | 21 April 1963 |
TEMPAT LAHIR | : | Sepang, Selangor |
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI
ALAMAT PEJABAT | : | Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 12, Blok E7, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya |
: | anhisham@moh.gov.my | |
NO TELEFON | : | 03 – 8883 2545 |
FAKS | : | 03 – 8889 5542 |
ANUGERAH
Bil. | Tarikh Penganugerahan | Darjah |
1. | 5 April 2014 | Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) |
2. | 26 Ogos 2013 | Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.) |
3. | 17 Mei 2013 | Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) |
4. | 17 Mei 2010 | Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) |
5. | 2 Jun 2007 | Panglima Jasa Negara (P.J.N.) |
6. | 5 Jun 2004 | Kesatria Mangku Negara (K.M.N) |
ANUGERAH LAIN
1. | Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL | |
2. | Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL |
KELULUSAN
Bil. | Kelulusan | Tahun | |||
1. | Medical Doctor M.D (UKM) | 1988 | |||
2. | Master of Surgery M.S (UKM) | 1994 | |||
3. | Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery | 1997 | |||
4. | Academy of Medicine Malaysia (A.M.) | 1998 | |||
5. | Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) | 2004 | |||
7. | Advanced Management Program, Oxford Business School, UK | 2008 |
PENGALAMAN
– | Ketua Pengarah Kesihatan | 01.03.2013 |
– | Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) | 29.01.2008 |
– | Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya | 16.08.2002 |
– | Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur | 16.01.1998 |
– | Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia | 1997-1998 |
– | Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia | 1997 |
– | Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu | 01.07.1994 |
– | Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur | 1990-1994 |
– | Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur | 02.10.1989 |
– | House Officer University Hospital Kuala Lumpur | 01.08.1988 |
SPECIAL APPOINTMENT:
– | Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong | 2008 |
– | Sri Lanka College of Surgeon special guest Colombo | 2010 |
– | British J Surgery Lecture (Birmingham) | 2010 |
– | 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan | 2011 |
– | Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India | 2011 |
– | 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore | 2012 |
– | Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur | 2012 |
– | General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania | 2012 |
– | Fellow of the Royal College of Physicians London, UK | 2012 |
– | Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital | 2013 |
Semoga Allah memberi keselamatan dan kesejahteran kepada beliau dan semoga beliau mampu memimpin barisan hadapan Negara kita di dalam menangani penularan wabak penyakit Covid-19 ini. Insyallah.
KOMEN TERKINI