KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 22hb Fabruari 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan aktiviti mempromosi kempen keanggotaan KOPUBI Perak Bhd sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Pengkalan, Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak.

Jemputan tetamu kehormat dan perasmi Majlis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin selaku ADUN Sungai Rapat merangkap Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah.

Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman juga telah dijemput untuk hadir ke mesyuarat ini dan turut menyumbangkan hamper kepada Ibubapa & guru mewakili pihak Koperasi.

Sebanyak 10 buah hamper telah disumbangkan sebagai salah satu usaha mendekatkan phak koperasi kepada pihak sekolah melalui program CSR.

Alhamdulillah, booth koperasi yang dibuka telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana para ibubapa dan guru telah mengambil peluang dan kesempatan untuk mendapat maklumat tentang manfaat-manfaat yang bakal diperolehi oleh mereka sekiranya mendaftar sebagai anggota KOPUBI Perak Bhd seterusnya mendaftar sebagai anggota koperasi ini.

Untuk pengetahuan semua KOPUBI Perak Bhd adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan telah diaudit sepenuhnya oleh suruhanjaya ini.

Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman menyampaikan sumbangan hamper pihak koperasi kepada ibubapa serta guru yang bertuah.

10 MANFAAT UTAMA YANG DITAWARKAN KEPADA ANDA SEBAGAI ANGGOTA KOPUBI PERAK BHD ADALAH SEPERTI BERIKUT;

✔ Pulangan dividen (%) yang tinggi
✔ Pemilikan syer saham sehingga 25 unit setiap anggota
✔ Manfaat khairat kematian kepada anggota, pasangan, anak-anak dan juga ibubapa anggota 
✔ Insentif bantuan persekolahan anak-anak Anggota 
✔ Insentif anugerah kecemerlangan intelek anak-anak Anggota 
✔ Pembiayaan Mikro-kredit & Pinjaman kecemasan 
✔ Tabung Usahawan (PKS, Penjaja & DLL) 
✔ Pakej Penginapan yang ‘best & sweet’ di Copthorne Cameron Highlands. 
✔ Pemilikan apartment mampu milik D’Aman Residensi @ Bandar Meru Raya 
✔ Peluang penerokaan ruang pelaburan yang pelbagai & baharu melalui gerakan koperasi di Malaysia

Pada tahun 2018 yang lalu, setelah diaudit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), KOPUBI Perak Bhd telah mencatat keuntungan sebanyak 15% dan pada tahun 2019 pula mengikut kepada perkembangan perniagaan semasa koperasi, KOPUBI Perak Bhd dijangka akan mencatat keuntung lebih daripada 15% dan dijangka akan memberi pulangan dividen kepada anggota sekurang-kurangnya sebanyak 9.5%.

Kepada warga Negeri Perak marilah mendaftar sebagai anggota KOPUBI Perak Bhd dan memiliki syer / saham di dalam KOPUBI Perak Bhd yang akan memberi manfaat ekonomi kepada anda semua!

Untuk Pendaftaran Keanggotaan KOPUBI PERAK BHD secara online sila click link di bawah ini dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui talian telefon: 05-3223924 (Pejabat Operasi);

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan serta mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani.

Insyallah.

JOM KITA DAFTAR SECARA ONLINE PADA HARI INI JUGA!

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

Pn. Samsiah Binti Abdullah @ Ahmad
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.