KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 18/2/2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dujemput untuk menghadiri ke Majlis Pelancaran Modal Insan Keusahawanan Koperasi anjuran Institut Maktab koperasi Malaysia.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Marina Island Hall, Limut Perak dan mewakili pihak KOPUBI Perak Bhd ke program ini adalah Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman dan seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Mohd Fhami.
Tetamu kehormat yang hadir ke majlis ini adalah (Mantan) Timbalan Menteri Keusahawan dan Koperasi iaitu YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli, Pengarah Suruhanjaya koperasi Malaysia, Pengarah SME Corp Negeri Perak dan juga Pengurus TEKUN Nasional Negeri Perak.
Pelbagai agenda dan penambahbaikan yang dirancang bagi memperkasakan gerakan koperasi di malaysia telah dibentangkan kepada peserta yang hadir pada majlis ini termasuk pengkongsian peniagaan daripada koperasi-koperasi usahawan yang berjaya di Negeri Perak.
En Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi sempat bertemu dengan Timbalan Menteri (Mantan) YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli untuk membentangkan kertas kerja rancangan untuk mengadakan Hari Kelestarian Alam Peringkat Negeri Perak yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Eco Park Bandar Seri Botani di bawah pengurusan syarikat ini.
Alhamdulillah maklum balas yang diberikan sangat positif dan sama-sama kita doakan agar usaha ini dipermudahkan dan berjaya memberi impak ekonomi kepada anggota Kopubi Perak Bhd disamping memberi kesan yang besar kepada gerakan koperasi yang menjadi memangkin ekonomi negara pada masa hadapan.
Diharap dengan usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta akan impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah
En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI