KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 21hb April 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) Hilir Perak Bhd yang berlangsung bertempat di Dewan KOSPEN, Teluk Intan Perak.

Antara jemputan yang hadir ke Majlis ini adalah sahabat-sahabat Koperator dari daerah Teluk Intan dan sekitarnya dan mewakili KOPUBI Perak Bhd ke Majlis ini adalah Pengerusi, En. Sharul Rahman.

Alhamdulillah, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Tn.Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim selaku Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) Hilir Perak Bhd kerana sudi menjemput KOPUBI Perak Bhd ke Majlis ini.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Hari Penamaan Calon Mesyuarat Agung Negeri (Perak) 2024

Pada hari tersebut juga telah diadakan sesi suai kenal calon-calon Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut pada Mesyuarat Agung Negeri 2024 yang akan berlangsung pada 24hb April 2024.

Calon Pengerusi ANGKASA Negeri Perak iaitu Tn.Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim juga telah mempekenalkan diri beliau dan telah menawar untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

Untuk makluman semua, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak.

Pencalonan bagi Jawatanuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak telah dibuka oleh pihak ANGKASA Negeri Perak dan Alhamdulillah dengan izinNya Ahli Lembaga KOPUBI Perak telah mencalonkan En Sharul Rahman bagi pemilihan tersebut kali ini.

Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak.

Pihak KOPUBI Perak Bhd ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada En Sharul Rahman dan semoga berjaya di dalam pemilihan sebagai Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak pada Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2024 ANGKASA Negeri Perak yang akan berlangsung pada 24hb April 2024 nanti bertempat di Hotel Casuarina @ Meru Ipoh Perak.

Insyallah dengan kemenangan En Sharul Rahman sebagai Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak akan membawa KOPUBI Perak Bhd selangkah lagi ke hadapan dan bakal menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lainnya di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia