KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 23hb April 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman telah hadir ke Perjumpaan Team Transformasi ANGKASA Perak yang berlangsung bertempat di Dewan Makan, Pasaraya Mydin Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.
Tujuan perjumpaan ini adalah bagi tujuan membentuk sebuah kerjasama strategik bagi menghadapi sesi pemilihan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak yang berlangsung pada Mesyuarat Agung Negeri 2024 yang akan diadakan pada 24hb April 2024.
Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Tn.Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan (KOSPEK) selaku calon Pengerusi ANGKASA Negeri Perak serta telah dihadiri oleh calon-calon Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KOSPEK
Untuk makluman semua, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak.
Pencalonan bagi jawatan-jawatan ANGKASA Negeri Perak telah dibuka oleh pihak ANGKASA Negeri Perak sebelum ini dan Alhamdulillah dengan izinNya Ahli Lembaga KOPUBI Perak telah mencalonkan En Sharul Rahman bagi pemilihan tersebut kali ini.
Pihak KOPUBI Perak Bhd ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada En Sharul Rahman dan semoga berjaya di dalam pemilihan sebagai Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak pada Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2024 ANGKASA Negeri Perak yang akan berlangsung pada 24hb April 2024 nanti bertempat di Hotel Casuarina @ Meru Ipoh Perak.
Insyallah dengan kemenangan En Sharul Rahman sebagai Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak akan membawa KOPUBI Perak Bhd selangkah lagi ke hadapan dan bakal menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lainnya di Negeri Perak ini.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI