PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Alhamdulillah, pada 12hb Mac 2024 sehingga 10hb April 2024 yang lalu, PUBI Perak telah berjaya menganjurkan sebuah Bazar Ramadan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Taman Temara, Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Bazar Ramadan Station 18 Anjuran PUBI Perak

Syukur Alhamdulillah, sebanyak 29 buah khemah telah didirikan di sepanjang tapak bazar tersebut yang mana melibatkan 58 tapak bazar yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Selama sebulan berniaga di Bazar Ramadan anjuran PUBI Perak ini, para peniaga telah meraih pendapatan yang lumayan serta telah dilimpahkan rezeki olehNya.

Jumlah pengunjung yang hadir ke Bazar Ramadan pada tahun ini agak menggalakkan berbanding tahun lepas dan pengunjung yang hadir rata-rata sangat berpuas hati ketika membeli belah juadah berbuka puasa di sini.

Alhamdulillah, walau di dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada tahun ini, operasi bazar ramadan ini tetap diteruskan sehingga ke akhir bulan ramadan dan berjalan lancar dengan keadaan lalu lintas yang rapi serta tersusun.

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada ramadhan kali ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah Majlis Bandaraya Ipoh.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak