KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 22hb Mac 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman telah hadir ke Hari Penamaan Calon Mesyuarat Agung Negeri (Perak) 2024 peringkat ANGKASA Negeri Perak yang berlangsung bertempat di Dewan Seminar KAKIB, Persiaran Meru Utama, Ipoh Perak.
Acara tersebut telah dihadiri oleh bakal-bakal Calon Pengerusi ANGKASA Negeri Perak dan juga Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak yang menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut pada Mesyuarat Agung Negeri 2024 yang dijangka berlangsung pada 24hb April 2024 nanti.
Untuk makluman semua, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI Bil 01-2024
Pencalonan bagi jawatan-jawatan ANGKASA Negeri Perak telah dibuka oleh pihak ANGKASA Negeri Perak dan Alhamdulillah dengan izinNya Ahli Lembaga KOPUBI Perak telah mencalonkan En Sharul Rahman bagi pemilihan kali ini.
Walaubagaimanapun keputusan penentusah calon akan diumumkan secara rasmi oleh pihak ANGKASA Negeri di dalam masa terdekat ini dan akan dimaklumkan samaada pencalonan calon-calon yang hadir pada hari penamaan calon ini berjaya atau tidak.
Pihak KOPUBI Perak Bhd ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada En Sharul Rahman dan semoga En Sharul Rahman berjaya dicalonkan sabagai calon Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak serta mampu memenangi hati para perwakilan pada Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2024 ANGKASA Negeri Perak yang akan berlangsung pada 24hb April 2024 nanti bertempat di Hotel Casuarina @ Meru Ipoh Perak.
Insyallah dengan kemenangan En Sharul Rahman sebagai Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak akan membawa KOPUBI Perak Bhd selangkah lagi ke hadapan dan bakal menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lainnya di Negeri Perak ini.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI