KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb Mac 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak telah dijemput untuk hadir ke sebuah majlis iaitu Majlis Aspirasi Dan Sesi Dialog Gerakan Koperasi Negeri Perak 2021.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke majlis yang julung kali dianjurkan ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Tuan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel (Abu Naufal).

Majlis telah dihadiri oleh koperasi-koperasi yang berdaya maju di daerah kinta dan turut melibat koperasi-koperasi di daerah lain yang turut bersama secara langsung di tempat masing-masing menggunakan aplikasi zoom.

Tuan Pengerusi En Sharul Rahman dan Tuan Timbalan Tuan Kudus Alie Novel sempat bergambar bersama Yang Berhormat Dato’ Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Sesi Tandatangan Perjanjian PCP J&T Express Bagi Tahun 2021

Tetamu VIP bagi majlis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak.

Turut hadir adalah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak, En. Meor Mohammad Shariffudin dan Pengerusi ANGKASA Negeri Perak iaitu Tn. Hj. Mohd. Rosli Hj. Basri.

Program yang dianjurkan ini terlalu padat dengan pengisian serta input-input yang sangat berguna untuk gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Turut berlangsung adalah penyerahan cenderamata kepada Koperasi-koperasi terbaik di Negeri Perak tahun 2021 di mana telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi