SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-55 TAHUN YB DATO’ ZAINOL FADZI

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-55 TAHUN YB DATO’ ZAINOL FADZI

PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd ingin merakamkan ucapan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak di atas ulangtahun kelahiran beliau yang ke-55 tahun.

Semoga Allah melanjutkan usia Yang Berhormat Dato’ serta dikurniakan kesihatan yang baik dariNya dan terus dirahmati oleh Allah S.W.T.

Kami berharap Yang Berhormat Dato’ dapat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan, peniaga kecil serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa PUBI & Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

MAJLIS ASPIRASI DAN SESI DIALOG GERAKAN KOPERASI NEGERI PERAK 2021

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb Mac 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak telah dijemput untuk hadir ke sebuah majlis iaitu Majlis Aspirasi Dan Sesi Dialog Gerakan Koperasi Negeri Perak 2021.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke majlis yang julung kali dianjurkan ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Tuan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel (Abu Naufal).

Majlis telah dihadiri oleh koperasi-koperasi yang berdaya maju di daerah kinta dan turut melibat koperasi-koperasi di daerah lain yang turut bersama secara langsung di tempat masing-masing menggunakan aplikasi zoom.

Baca Lanjut