PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada bermula pada 1hb November sehingga 30hb November 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan ke rumah dan premis perniagaan setiap peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan kegiatan perniagaan yang telah dijalankan oleh para Peserta PEKB tahun 2022 ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia

Aktiviti pemantauan ini adalah sesi pemantauan yang kedua (lawatan) bagi peserta-Peserta PEKB 2022 dan telah diketuai oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu En. Sharul Rahman.

Aktiviti pemantauan Peserta PEKB 2022 ini juga dibantu oleh Setiausaha PUBI Perak En Haizul Fakarudin dan Bendahari PUBI Saudara Mohammad Nafis.

Untuk makluman semua, aktiviti pemantauan ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan setiap peserta yang menerima latihan keusahawanan di bawah program ini berupaya menjana pendapatan sampingan yang berterusan bagi meningkatkan sosio ekonomi keluarga masing-masing.

Pendapatan yang disasarkan melalui program ini adalah sebanyak RM600.00 sebulan bermula bulan Julai 2021 ini dan akan dipantau selama 6 bulan sehingga bulan Disember 2022 nanti.

Untuk makluman semua juga, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dilantik sebagai salah sebuah NGO bagi melaksanakan sebuah program yang dijalankan di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 bersama dengan 32 buah persatuan lain yang berjaya dipilih dari seluruh Negara oleh pihak Kementerian.

Seramai 45 orang peserta telah diberikan latihan yang intensif oleh PUBI Perak sebelum ini dan kini mereka telah menjalankan perniagaan masing-masing dengan pantauan dan sokongan tambahan oleh NGO yang terpilih ini.

Syukur juga ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi melaksanakan program yang bakal membantu masyarakat meningkatkan ekonomi terutamanya golongan yang terjejas ekoran pandemik covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ke atas rakyat Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramPEKB